Showing posts with label peringatan yaw.. Show all posts
Showing posts with label peringatan yaw.. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Good Luck SPM Victim !

Assalamualaikum  :)


Hye peeps , Happy Monday semua , seperti pengetahuan semua , hari ni semua budak budak yang lahir tahun 1994 yang bersekolah , akan menduduki exam yang sangat bermakna dalam hidup ! whoaaaa , takot tak .. haha , SIJIL PELAJARAN MALAYSIA in bracket SPM .



Kalau menurut pengalaman aku setahun lepas , aku memang tak senang duduk time nak dekat dekat exam , tapi tido still lena , makan pon still kenyang , hwehwheh , tapi bagi aku , malam sebelum exam adalah malam yang sangat mensyahdukan bagi aku , time SPM dulu la , tapi memang tiap kali nak exam pape pun , aku akan buat macam tu jugak , haha.



Malam sebelum paper first tu , aku call mak and nangis nangis , huuu , shame on me , aku tak tahu nak mengadu dekat sape dah , aku pun cakap kat mak yang aku takut sangat nak jawab exam , hee , selalu aku tak macam ni pon tahu , gua okay je sebelum sebelum ni , tapi bila dah dekat nak SPM tu , wa makin leleh pulak , jiwa tak kental langsunnnn ! pastu mak ckp , dah lah jangan nangis , pergi mengadu dekat Allah , banyak banyak doa , solat sunat .. oh my , mak aku adalah pemotivasi terhebat alaf ini . Aku pun tanpa berfikir panjang , buat segala yang mak aku suruh tu , dan Alhamdulillah , feel better than before .




Aku berjaya jugak lerr jawab dan result pun amat membanggekan bagi aku , huhu , bagi aku jelah yang tak hebat ni , untuk pengetahuan , aku still lagi tak dapat teknik belajar yang berkesan untuk diri sendiri , haha , macam tahi , yang aku selalu buat ialah last minute preparation ! oh my , teknik ni banyak membantu dalam apa jua exam , HAHA !









SPM victim 2010 , masih bermuka kerek even memang dah dekat sangat dengan exam . 




p/s : good luck untuk semua candidate SPM ini tahun , 2011 , macam banyak luck je tahun korang ni , hehe , doa dan sedekah banyak banyak ye , Inshaallah Allah tolong , <menulis melalui pengalaman >


#SPM tahun ni macam awal je kan ?



LoveAmy

Dunia Itu Sementara.

Assalamualaikum :)



Hye peeps , salam Ahad semua , harap harap semua sihat dan berada dalam keredhaanya :) Semalam bagi aku adalah hari yang menggemparkan , kerana dapat berita yang Pak Cik ayah aku terlibat dalam satu kemalangan ngeri dekat Kampung Gelugor , Gambang. Memang tersangat ngeri , kalau you alls ade baca paper and tengok berita semalam , mesti tahu.



Dan FYI , ayah aku yang menguruskan semua nya , bukan saksi lah , tapi ayah aku yang pergi tuntut mayat arwah , jadi pengecam dan sebagainya. Tadi dalam perjalanan ke Kuantan , kami sempat lah singgah di tempat kejadian , oh my , kalau tengok keadaan kereta dan cerita orang kampung , memang aku dapat bayangkan macam mana kesakitan dan kesengsaraan arwah di saat menemui ajal , Ya Allah , Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui.




Sangat mengerikan bila dengar cerita ayah aku sebab ayah aku tengok sendiri keadaan mayat arwah selepas kebakaran , memang tak berupa jasad , hanya tinggal serpihan daging dan tulang , subhanallah , semoga roh arwah ditemptkan bersama hamba hamba soleh.







Keadaan kereta arwah.



Menurut saksi yang memang tengok live kejadian tu , mereka memang nampak kereta arwah tersangat laju dan tak terkawal , kemuadian terbabas dan tersepit di celahan pokok tersebut , semasa mereka meluru ke tempat kejadian , mereka tenampak tangan arwah terkulai keluar melalui tingkap , ketika mereka cuba menghampiri , kereta arwah terbakar dan meletup sebanyak dua kali berturut turut , astaghfirullah , saksi kate dia nampak tangan arwah menggeletik geletik ketika kereta meletup.Cuba bayangkan kesakitan arwah ketika itu.
Arwah bukan seorang , tetapi berdua , bersama seorang perempuan yang dipercayai isteri kedua arwah , niat aku bercerita ni bukanlah nak mengaibkan arwah , tetapi sekadar pengajaran.




untuk pengetahuan , isteri arwah dan keluarganya tak tahu pun tentang keadaan isteri kedua tersebut , yang tahu tentang hubungan mereka ni hanyalah keluarga belah isteri kedua , dah lama mereka sorokkan hubungan ni , bagi pandangan aku , Allah tu memang adil , bila bila masa je Dia boleh tunjukkan yang sebenar benarnya , sampai sekarang isteri pertama arwah still tak tahu yang arwah accident dengan madu nya sendiri , mungkin satu hari nanti dia akan tahu juga .





bagi aku pengajaran boleh kita dapati kat mane mane saje , tak ada satu ape pun yang kita lakukan di dunia ni yang kita boleh sorokkan dari pengetahuan Allah s.w.t , wallahualam.
Dunia Itu Sementara wahai sahabat , peringatan untuk diri sendiri dan semua readers :)






LoveAmy.

Sunday, October 30, 2011

Salah Bantal , Pernah ?

Assalamualaikum  :)


Hye peeps , Happy Sunday alls , hope semua happy cuti cuti ni ^__^


Salah bantal , korang pernah dengar ? biasanya berlaku selepas bangun tidur , haa , budak budak yang kuat tido mesti selalu kena , macam aku , huwahuwahuwa ++'..


Bagi yang tak tahu , salah bantal ni macam salah letak kedudukan kepala di atas bantal semasa tido , tu versi panjang ah , versi pendeknya , terkehel leher mase tido , sakit woo , aku mangsa terbaru jang , aku nak toleh toleh kepala pon susah skarang ..



Rase macam urat leher ni bengkak bengkak , sampai kan ade effect kat kepala aku , berdenyut denyut , mak aku cakap ni sebab kuat sangat tido , banyak sangat makan , lol tak sabit pon kot ! HAHA .. derek nak carik salah aku je mak aku ni =='



Tadi mak aku baru lepas urut urut leher aku , pehh lega siket , sesungguhnya mak aku adalah pengurut terhebat di dunia , sayang mak ketat ketat ahhh ! Mak aku cakap , kalau nenek aku dulu , dye kate kalau salah bantal nih , korang amik bantal yang kenkononnya tersalah letak leher tu , pastu jemur , lepas jemur , tepok tepok dekat leher yang sakit tuh , walawei ye dop petua ni , aku tak sanggup nak try , takut lagi terkehel leher aku..




Pastu skang sume tido style benbanyok bantal ye dak ? macam mane nak cam bantal mane yang bersalah , ==' letih la nak menepuk semua bantal dekat leher , NAZAK !



p/s : Macam mane ah adik aku boleh main ragbi , tak terkehel ke leher dye ? aku yang tido atas bantal ni pon boleh terkehel , duniadunia ++"











Tuesday, September 27, 2011

Nescafe = Dadah ?

Assalamualaikum :)



Selamat tengah malam , hari rabu dah pun menjengah tiba , Happy WednesDay all :)  haishhh mengapa menaip entry ketika jam sudah berdetik pukul 2 pagi ? semuanya pasal NESCAFE  , hehe , tapi tak boleh salahkan Nescafe 100 % sebab tuan badan jugak yang membenarkan otak untuk mengambilnya , now padan muka lah tuan badan tu , dah nak dekat pukul 3 pagi pon still tak boleh pejam mata langsung =='.





Aku mula kenal Nescafe ni baru lagi , semua roomate punye kerja laa , asek suruh aku try minum Nescafe ni , sedap katenye , then boleh tahan mengantuk kalau nak stayup , okay sebab sayang roomate aku pun mulalah berjinak jinak dengan bnde alah Nescafe ni ... Sedap jugak rupanya , pahit pahit lemak gitewwww , hehe , dan keesokannya mulalah membeli lagi Nescafe itu , dan begitulah sehingga hari ini , tapi aku minum yang ade susu je , roomate aku cakap yang O punye lagi kawwww ! tapi tak try lagi , tengoklh gane.




Dari hari start minum sampai hari ni , aku mula sedar hari ni yang aku dah seminggu minum Nescafe setiap pagi dan petang , pastu malam tak boleh tidur , sikit pun tak boleh , aku pikir balik , sebelum ni tak pernah pun jadi camni , aku rase maybe aku dah 'gian' kot minum bnde alah Nescafe ni , aku mule berprasangka , wah gitewww .. haha , ade DADAH kah bnde alah ni ? 





Jeng jeng jeng , dan aku pon terus mengesearch di internet , aku taip , Nescafe ada Dadah ? pastu keluar macam macam lah , yang tak membntu langsung , haha , silap aku yang hina ni kot pergi taip gitu ==' hehe , tapi ade jmpe satu blog ni , dye cerita pasal baik dan buruk kopi, ermm maybe berguna kot bagi aku , sebab Tuan Empunya blog tu pun suka minum Nescafe jugak macam aku , hehe , sesueiiii giteww .. ade lah sedikit sebanyak info yang melegekan hati aku , dia kata , Nescafe memang ade Kafein , tapi Kafein dalam Nescafe tak memudaratkan kesihatan sangat , untuk yang tak tahu Kafein tu hape , tengok sini ! 








Apa itu kafein?
 
75% kafein yang digunakan datangnya dari kopi, sumber kafein yang lain datangnya daripada coklat, teh dan minuman bergas. Kafein ni bukannya nutrient, seperti vitamin dan mineral tetapi bahan kimia yang boleh di kelaskan sebagai dadah. Seperti dadah-dadah yang lain.Kebaikan dan keburukannya bergantung kepada pengguna.




Eh Dadah wei , tapi kan , haa bace ni plop :




Berapa banyak kafein yang akan memudaratkan kesihatan?
 
 Badan kita akan menyingkirkan 20% per jam. Dos yang akan membunuh adalah sebanyak 10g kafein bersamaan dengan 100 cawan kopi dalam masa 4 jam! Jumlah kafein bergantung pada cara penyediaan nya. Mungkin kopi di Starbuck tidak sama dengan kopi di mamak! Berkenaan kafein bukan rasanya ya! 
 
 
 
Ha dengor dengor , ade kadar dye jugak laa , that mean kalau tiap tiap hari maybe ade datagkan kesan jugak kan ?
 
 
 
Ermmm , so kene kurangkan sket laa minum Nescafe lepas ni , sebab malam malam kalau tak boleh tido , bukan study , tapi online manjang , tak patut ! buat bazir jah seringgit doposen beli nescafe , mwahaha .. 
 
 
 
Hehe , lepas taip entry ni , tetibe rase mengantuk , ='= hee , jangen mareyyy , huarghhhh , jom tido blogger blogger sekalian , nyte all , sleep tight , much love everybody 





♥ Amy




.



 

Friday, September 23, 2011

Beware Ladies.

assalamualaikum :)



Peringatan untuk diri sendiri dan semua .





Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan : 1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam.




copy paste dari fesbuk.





see yaa ^___^





.