Hye peeps , salam Ahad semua , harap harap semua sihat dan berada dalam keredhaanya :) Semalam bagi aku adalah hari yang menggemparkan , kerana dapat berita yang Pak Cik ayah aku terlibat dalam satu kemalangan ngeri dekat Kampung Gelugor , Gambang. Memang tersangat ngeri , kalau you alls ade baca paper and tengok berita semalam , mesti tahu.
Dan FYI , ayah aku yang menguruskan semua nya , bukan saksi lah , tapi ayah aku yang pergi tuntut mayat arwah , jadi pengecam dan sebagainya. Tadi dalam perjalanan ke Kuantan , kami sempat lah singgah di tempat kejadian , oh my , kalau tengok keadaan kereta dan cerita orang kampung , memang aku dapat bayangkan macam mana kesakitan dan kesengsaraan arwah di saat menemui ajal , Ya Allah , Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui.
Sangat mengerikan bila dengar cerita ayah aku sebab ayah aku tengok sendiri keadaan mayat arwah selepas kebakaran , memang tak berupa jasad , hanya tinggal serpihan daging dan tulang , subhanallah , semoga roh arwah ditemptkan bersama hamba hamba soleh.
Keadaan kereta arwah.
Menurut saksi yang memang tengok live kejadian tu , mereka memang nampak kereta arwah tersangat laju dan tak terkawal , kemuadian terbabas dan tersepit di celahan pokok tersebut , semasa mereka meluru ke tempat kejadian , mereka tenampak tangan arwah terkulai keluar melalui tingkap , ketika mereka cuba menghampiri , kereta arwah terbakar dan meletup sebanyak dua kali berturut turut , astaghfirullah , saksi kate dia nampak tangan arwah menggeletik geletik ketika kereta meletup.Cuba bayangkan kesakitan arwah ketika itu.
Arwah bukan seorang , tetapi berdua , bersama seorang perempuan yang dipercayai isteri kedua arwah , niat aku bercerita ni bukanlah nak mengaibkan arwah , tetapi sekadar pengajaran.
untuk pengetahuan , isteri arwah dan keluarganya tak tahu pun tentang keadaan isteri kedua tersebut , yang tahu tentang hubungan mereka ni hanyalah keluarga belah isteri kedua , dah lama mereka sorokkan hubungan ni , bagi pandangan aku , Allah tu memang adil , bila bila masa je Dia boleh tunjukkan yang sebenar benarnya , sampai sekarang isteri pertama arwah still tak tahu yang arwah accident dengan madu nya sendiri , mungkin satu hari nanti dia akan tahu juga .
bagi aku pengajaran boleh kita dapati kat mane mane saje , tak ada satu ape pun yang kita lakukan di dunia ni yang kita boleh sorokkan dari pengetahuan Allah s.w.t , wallahualam.
Dunia Itu Sementara wahai sahabat , peringatan untuk diri sendiri dan semua readers :)
LoveAmy.
1 comment:
MASYAALLAH ...sem0ga arwah dicucuri rahmat dan dletakkan d kalangan 0rg yg beriman . takziah ke ats arwah ,
Post a Comment