Saturday, February 23, 2013

Saat Ini.

Assalamualaikum :)


Saat ini, walaupun bibir tersenyum, tapi hati tuhan saja yang tahu. mungkin aku pernah melakukan kesilapan. tapi kau harus sedar bahawa aku juga manusia. kesilapan itu takkan pernah lari dari manusia. bukan aku tak cuba menjadi yang terbaik. setiap nafas, setiap detik, aku cuba untuk menjadi yang terbaik buat kau. mungkin kata kata aku tempoh hari cukup untuk buat kau hiraukan aku sampai macam ni sekali.


aku tertekan. setiap hari memikirkan kesilapan yang takkan pernah kau maafkan. aku sedih, aku sakit, aku tak kuat nak tanggung semua ni, hidup aku tunggang langgang. dan yang paling aku tak dapat nak maafkan diri sendiri ialah bila terkadang otak aku terfikir nak buat perkara bodoh. aku tahu tu semua benda bodoh. mungkin hingga saat ni aku masih boleh kawal diri dari kebodohan tu, tapi siapa tahu, mungkin satu hari nanti aku akan terjebak jugak dengan benda benda tu. 



hari ni aku failed presentation, test test aku semua hancur, minggu depan aku banyak lagi test. aku tak salahkan kau semua benda ni jadi sebab aku tahu yang semua ni berpunca dari aku. mugkin susah nak lupakan kesilapan yang pernah aku lakukan dekat kau. aku pernah terfikir nak berhenti belajar. aku dah tak sanggup. mungkin semua orang cakap aku lembik, sebab benda macam ni je aku dah putus harapan. tapi fahamilah, aku tak kuat. sungguh aku tak kuat. 


bila dengan kawan kawan, mungkin aku akan ketawa, mungkin aku akan melawak, mungkin aku akan senyum, tapi ketahuilah, hati aku menangis. bila aku keseorangan, hati aku merintih. air mata memang aku dah tak boleh tahan. mungkin aku boleh cakap saya okay sejuta kali, tapi hati ? 



bila bangun pagi, nak tidur malam, hati aku sedih. takde lagi wish dari kau, call dari kau, aku tunggu kau call aku, berjuta mesej aku hantar, kau tak balas, aku bbm kau, kau read, tapi kau sekadar read, ya Allah. tuhan je tahu. aku tak marah, cuma aku tesangat sedih. aku tak kuat sayang. aku tak kuat. aku hanya perempuan biasa. perempuan yang penuh dengan air mata. aku juga manusia biasa yang takkan pernah lari dari khilaf.



kau kata kau masih sayang aku, dan takkan tinggal aku, cuma aku harap kau buktikan ape yang kau cakap sayang. aku dah tak kuat sangat. aku lemah sangat. hanya airmata mampu bercerita kala ini. aku terlampau sayang dekat kau, sebab tu aku jadi macam ni. forgive me, and lets back to where we used to be. i miss you Nik Muhamad Baihaqi. totally miss you. maaf dari hati.







i might say im okay for a million time, but the truth is, i just need you.